Sunday 14 January 2018

Filled Under:

Masih Muda Remaja Walaupun Berusia 60 an.


 Liu Xiaoqing merupakan salah satu pelakon yang sempat mendominasi skrin lebar di era 1980-an. Sebelum menjadi pelakon, ia memulakan kerjayanya dengan bekerja sebagai buruh tani. Di dunia hiburan pertama kali muncul selepas ia naik ke atas pentas Chengdu Military Drama Group.

Kejayaan Liu di dunia perfileman bermula selepas ia berlakon banyak filem sebelum usianya memasuki 30 tahun. Ia pun meraih pelbagai anugerah di festival filem China dan memenangi kategori pelakon terbaik.

Nama Liu Xiaoqing beberapa waktu lalu sempat menghebohkan media dan dunia berkat penampilan yang kelihatan masih remaja di usia 60an. Bahkan, Liu sempat mendapat predikat wanita kedua tercantik di dunia yang melebihi usia 40 tahun oleh salah satu acara televisyen di Jepun.

Pada 2009 ketika berusia 60 tahun, kecantikan Liu yang kelihatan seperti masih remaja membuatnya meraih peranan sebagai gadis 19 tahun di sebuah filem biografi tentang seniman China berjudul Xu Beihong.

Selain belakon dan menjalankan perniagaan, Liu Xiaoqing juga sempat menulis sebuah buku autobiografi yang diterbitkan pada 1983 dengan judul I Did It My Way (weo De Lu). Pada 2011 ia juga berlakon sebagai Princess Chai dalam filem berjudul Legendary Amazons.









3 comments:

  1. akupun masih tertarik jadi pacarnya hehe

    ReplyDelete
  2. kelihatna muda bnget..

    ReplyDelete
  3. Waaah aku tak percay nih saam usianya. Cantik banget beneran

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers