Friday, 11 August 2017

Filled Under:

Angsa Berbulu Aneh Didunia


Angsa, jenis haiwan ternakan yang bertubuh besar serta berbulu putih dan cantik. Dengan keindahan bulu putihnya yang menawan, tidak hairan angsa kerap digunakan sebagai lambang keindahan atau kecantikan.



Namun percayakah anda, bahawa fakta berikut ini akan membuka mata anda bahawa ternyata tidak semua angsa berwarna putih. Kebalikan dari warna putih itu sendiri, tidak lain adalah warna hitam. Ternyata di dunia ini juga ada angsa yang berbulu hitam.

Adalah Black Swan (angsa hitam) dengan nama saintifik Cygnus atratus, angsa yang mempunyai bulu berwarna hitam. Semakin tua bulunya semakin hitam. Secara keseluruhan bulunya berwarna hitam. Namun terselit sedikit dibawah sayapnya terdapat bulu yang berwarna putih. Bulu putihnya kelihatan jelas apabila ia mengembangkan sayapnya.



Sedikit berbeza dengan angsa pada umumnya, black swan mempunyai leher yang lebih panjang dan melengkung membentuk huruf "S". Tidak kalah unik, paruhnya berwarna merah. Saat menetas sehingga berumur 6-7 bulan paruhnya berwarna hitam, tapi semakin dewasa paruhnya berubah menjadi merah.

Untuk melihat haiwan yang jarang jenis ini tentu tidak dijumpai dimana-mana tempat. Anda boleh menemuinya di pesisir Australia bahagian selatan, tenggara dan di Tasmania. Black Swan menjadi lambang rasmi wilayah Australia Barat. Spesies ini dilindungi oleh kerajaan Australia.



Sebagai rekod, haiwan yang jarang tersebut pertama kali ditemui oleh Willem de Vlamingh pada tahun 1697 di Australia bahagian barat. Penemuan itu cukup mengejutkan banyak orang. Saat itu orang menganggap bahawa semua angsa itu berwarna putih.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs