Sunday 13 August 2017

Filled Under:

Serangga Paling Besar di Dunia.


Seekor serangga berukuran hampir dua meter baru saja dijumpai di kawasan hutan terpencil di Vietnam. Tidak hanya itu, serangga ini walaupun seakan dengan ranting pokok. Kerana bentuknya yang sangat mirip, mungkin anda sendiri akan kesulitan membezakannya.

Serangga yang mirip dengan ranting pokok ini diberi nama Phasmatodea oleh ahli entomologi dari Royal Belgian Institute of Natural Sciences. Serangga unik tersebut dijumpai di Hutan Rizab Alam Tay Yen Tu, 150 kilometer jauhnya dari Ibu kota Vietnam, Hanoi.



Phasmatodea masuk dalam rekod dunia sebagai serangga kedua terbesar yang pernah ditemui. Sementara itu, serangga terbesar pertama berasal dari Kalimantan dengan lebar kaki mencapai 56 cm.


Serangga yang cukup aktif di malam hari ini ditangkap dengan cara yang cukup mudah. Para penyelidik hanya memotong batang pohon yang dihinggapi agar serangga tersebut juga ikut terjatuh.

Penemuan serangga raksasa ini dianggap sebagai kejayaan besar dari para penyelidik dalam mendokumentasikan pelbagai jenis spesies di Vietnam. Sejauh ini tercatat ada 70 jenis spesies yang telah didokumenkan.

Diakui oleh para penyelidik bahawa kawasan Asia Tenggara memang mempunyai banyak spesies yang berbeza-beza. Bahkan, jumlah serangga yang mirip ranting ini adalah yang paling banyak di dunia.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers