Wednesday 16 August 2017

Filled Under:

Saksikan Keindahan Bekas Gunung Berapi


Menurut legenda kuno, Iceland merupakan medan perang abadi, dengan senjata berupa lava. Lava yang terlontar dari gunung api aktif, sering disebut dengan "neraka" dunia. Di Iceland sendiri terdapat sekitar 130 gunung berapi, dan sebahagian besar masih aktif.

Namun di sini juga terdapat lif, yang akan mengantarkan pengunjung untuk melihat bilik magma dari dekat, tentunya yang sudah tidak aktif lagi. Dan kedua ini biasanya hanya boleh didapati pada bulan Mei, untuk mereka yang berani menjelajah ke dalam.




Bilik magma yang diterokai tersebut terletak di Thrihnukagigur, selatan ibu negara Reykjavik, dan termasuk dalam gugusan gunung berapi Atlantik. Di sini bilik magma sudah tidak terisi lava lagi, bahkan penyelidik pun hairan mengapa perkara itu boleh berlaku.

Bilik magma ini sendiri sudah dibuka untuk umum sejak tahun 1974. Untuk menuju ke sana, terdapat lif yang boleh membawa pengunjung yang berani untuk menikmatinya. Tinggi lif untuk mencapai bilik magma kira-kira 120 meter.

 Dinding bilik magma dihiasi batu-batu yang berwarna-warni, sehingga sangat indah. Batu-batu itu hasil "grill" lava, yang sangat panas. Berkunjung ke Thrihnukagigur, merupakan pengalaman yang jarang berlaku, kerana tidak terbuka setiap hari dalam setahun, dan hanya pada bulan-bulan tertentu, pelancongan ke dalam bilik magma ini dibuka.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers