Saturday 12 August 2017

Filled Under:

Pokok Bunga Paling Hodoh di Dunia


Pelik dan hodoh. Itu yang boleh digambarkan kepada Weltwischia mirabilis. Kalau dilihat, ia seperti seekor makhluk, tetapi ia sebenar sebuah pokok bunga? Weltwischia merupakan bunga kebanggsaan Negara Namibia.


 Ia boleh ditemui di padang pasir Namib di antara Namibia dan Angola. Tumbuhan yang dianggap sebagai fosil hidup ini mendapat nama setelah pakar tumbuhan dari Australia, Friedrich Welwitsch menemuinya pada tahun 1859. 

Dikatakan Weltwischia mirabilis boleh hidup sehingga 1000 tahun keatas. Jika dilihat dari rupa tumbuhan ini, ia seperti penuh dengan daun, tetapi sebenarnya ia hanya mempunyai 2 daun sahaja yang mana akan terus membesar sepanjang hidup tumbuhan tersebut.

 2 daun tersebut selalunya dipisahkan, dikoyakkan dan dicarikkan menjadi beberapa helai daun oleh angin dan pasir. Oleh sebab itu tumbuhan ini kelihatan seperti mempunyai banyak daun walaupun pada asalnya hanya 2 daun sahaja.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers