Tuesday 20 June 2017
Filled Under:
unik dan aneh
Tetamu Serba Putih Datang Makan Malam
Posted By:
zamri spoon
on 03:00
Lebih 13,000 orang berpakaian serba putih menghadiri acara makan malam Diner en blanc
ke-27 di sini kelmarin.
Mereka turut membawa sejumlah meja dan kerusi sebelum berkumpul di dua tempat awam untuk menyertai acara yang kini merupakan tradisi di Taman Tuileries serta Palais Royal. Jamuan itu mencetuskan fenomena antarabangsa
Acara itu berasal daripada satu majlis yang diadakan di sebuah taman di Paris 26 tahun lalu. Para penganjurnya meminta tetamu supaya berpakaian serba putih agar mereka mudah dikenali.
Laman web acara itu menyatakan, beribu-ribu orang yang berpakaian serba putih menjamu selera dengan sopan dan elegan di kawasan awam.
Para tetamu diminta memastikan kawasan diduduki kembali seperti asal termasuk membawa pulang sampah masing-masing.kosmo.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment